Bayar dua puluh boleh peluk dan raba deretan wanita


Sebuah pusat hiburan dikesan mengaut keuntungan lumayan dengan menggalakkan pelanggan memeluk serta meraba deretan wanita pelayan pelanggan (GRO) ditawarkan asalkan mereka membeli minuman keras.
Kegiatan maksiat dianjurkan premis terletak di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini, menyebabkan premis itu menjadi tarikan golongan lelaki tempatan hampir setiap malam berikutan mereka hanya perlu berbelanja serendah RM20.
Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan di premis itu jam 11 malam kelmarin. Gambar Hiasan HM 

0 Response to "Bayar dua puluh boleh peluk dan raba deretan wanita "

Catat Ulasan