Kemelut Politik Selangor : MB Selangor pecat semua Exco PKR Dan DAP

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) PKR dan DAP kerana cuba untuk mengehadkan kuasa beliau sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid berkata, surat itu yang juga dihantar kepada semua EXCO berkenaan, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini, berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau belum menulis surat kepada EXCO Kebajikan dan Hal ehwal Wanita, Dr Rodziah Ismail kerana berada di luar negaera.

“EXCO terbabit telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok tujuannya untuk mengurangkan keberkesanan EXCO.
“Oleh itu, saya menulis surat kepada Sultan meminta supaya EXCO ini tidak meneruskan kerjanya dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini.

0 Response to "Kemelut Politik Selangor : MB Selangor pecat semua Exco PKR Dan DAP "

Catat Ulasan