Chacha Maembong kurang ajar kerana baju ?


Pelakon Chacha Maembong terkejut dituduh bersikap kurang ajar dengan menghayunkan beg tangan ke kepala pelakon lain hanya kerana tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, insiden sedemikian tidak pernah berlaku sepanjang kerjayanya sebagai artis.

"Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.

"Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.

"Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” katanya. Mstar

0 Response to "Chacha Maembong kurang ajar kerana baju ? "

Catat Ulasan