Keseronokan sepasang kekasih ini mungkin akan menjadi mimpi ngeri ?

Pasangan ini yang dikatakan dan di tuduh membunuh seorang remaja di Jalan Labu semalam telah pun ditahan mungkin kah gambar-gambar keseronokan mereka  tersebarnya akan menjadi mimpi ngeri buat pasangan ini jika terbukti bersalah.



Kedua-dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.
Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.
“Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh,” katanya.
Kedua-dua suspek ditahan di Ampangan, dekat sini, jam 6 petang semalam. Katanya, polis turut memburu tiga lagi individu berusia awal 20-an yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu,  kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

1 Response to "Keseronokan sepasang kekasih ini mungkin akan menjadi mimpi ngeri ?"