Pelakon Ramona Zamzam menjelaskan hubungannya dengan pelakon Dazrin Kamaruddin renggang selepas kontroversi gambar mesra mereka yang dimuat naik di laman Instagram dicerca peminat.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 24, berkata, disebabkan perkara itu, dia langsung tidak berhubung dan bertegur sapa dengan Dazrin kerana begitu marah dengan cercaan itu.
Saya terkejut mendengar berita tentang Dazrin dan tunangnya Amyra Rosli membatalkan perkahwinan mereka dan saya sudah menjangkakan akan menjadi mangsa dituduh sebagai pihak ketiga kerana saya orang terakhir yang digosipkan dengan dia.
Saya tidak takut berhadapan dengan media kerana saya tidak bersalah dalam hal ini, selepas gambar kami menjadi isu saya sangat marah dan tidak berhubung langsung dengan Dazrin hingga hari ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Ramona berkata demikian ketika diminta mengulas apabila namanya dikaitkan sebagai punca pembatalan majlis perkahwinan pelakon Dazrin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat ini.
Pada dua minggu lalu, gambar Ramona dengan Dazrin di lokasi penggambaran telefilem Bingkai Kaca,menjadi kontroversi apabila Ramona dikatakan mengganggu hubungan pasangan berkenaan.
Tambah Ramona, dia tidak pernah beniat untuk mengganggu hubungan tersebut malah sudah mengenali Dazrin sejak beberapa tahun sebelum dia mengikat tali pertunangan dengan Amyra lagi.
Jelasnya, gambar tersebut juga bukanlah aksi yang keterlaluan sebaliknya gambar ketika di lokasi penggambaran yang mana ketika itu Dazrin datang membawa shisha.
Saya dan Dazrin sudah kenal lama sejak saya masuk dalam industri lagi malah kami sering kali digandingkan untuk berlakon bersama sebagai pasangan kekasih.
Kalau benar-benar saya ingin menganggu hubungan mereka ia pasti sudah lama berlaku, apa yang saya marah apabila peminat Amyra menghentam saya di Instagram dengan pelbagai kata-kata kesat sehingga saya terpaksa padamkan gambar tersebut agar ia tidak berpanjangan," katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada dia ada berhubung dengan Amyra selepas kejadian itu, Ramona berkata, dia tidak mengenali wanita itu secara dekat dan mereka tidak pernah berhubung.
Jelasnya, biarpun sering dihentam oleh segelintir peminat Amyra di laman sosial, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan wanita itu. Mstar
0 Response to "Gambar punca Ramona dihentam perosak hubungan Dazrin dan Amyra ?"
Catat Ulasan