Kuala Lumpur : Proses sulh (perbincangan) berhubung hak jagaan kekal tiga anak penyanyi rock terkenal, Awie yang sepatutnya diadakan hari ini gagal apabila isterinya, Rozana Misbun tidak hadir ke Mahkamah Syariah, di sini.
Berikutan itu, mahkamah menetapkan 25 Ogos ini untuk sebutan kes. Pada 21 Julai lalu, Awie Azhar Othman,46, berjaya mendapat hak jagaan sementara (interim) tiga anaknya.
Selain itu, dia turut mendapat perintah injuksi (tegahan) menghalang Rozana daripada mendekati dirinya dan juga anak-anak dalam apa jua cara sekali pun, termasuk melalui media cetak dan elektronik.
0 Response to "Proses Sulh Awie dan isteri gagal kerana Rozana tidak hadir ?"
Catat Ulasan