Dua wanita Thailand menjadi jelita selepas dibedah percuma di Korea Selatan

Program dokumentari penuh kontroversi Let Me In kali ini menampilkan dua orang wanita warga Thailand menjalani operasi pembedahan plastik secara percuma. Seperti yang dilaporkan oleh Coconuts Bangkok.

Pada satu slot rancangan Let Me In telah mengetengahkan dua orang wanita Thailand yang mempunyai masalah paras rupa menerima rawatan pembedahan kosmetik secara percuma yang meliputi keseluruhan prosedur dari awal hingga akhir. Malah, di akhir rancangan wajah-wajah wanita Thai ini didedahkan kepada orang ramai.



Ini bukan kali pertama rancangan kontroversi Let Me In mengubah wajah seseorang secara drastik, sebelum ini juga sepasang kembar seiras diberi rawatan malah seorang gadis biasa boleh berubah persis Yoona Girls Generation. 

Apa yang penting, sebagai balasan kepada prosedur tersebut, para peserta rancangan haruslah bersetuju untuk membenarkan imej mereka digunakan dalam iklan awam untuk tujuan promosi pembedahan kosmetik. 

Dua wanita Thai, Nichakorn Kuhachit dan Nisanat Tangdat dipilih daripada 2000 pemohon yang diterbangkan ke Korea Selatan untuk menjalani satu siri pembedahan kosmetik. 
Nichakorn menyatakan bahawa nama samarannya ialah ‘monyet’ kerana garis rahan yang terlalu menonjol manakala Nisanat lebih fokus kepada five-mm underbite. - Wanista 

0 Response to " Dua wanita Thailand menjadi jelita selepas dibedah percuma di Korea Selatan"

Catat Ulasan