Pelakon P0rno Hiasi Kulit Buku Teks Matematik

Mungkin kah ini cara untuk menarik pelajar-pelajar meminati bidang Matematik, bagi admin ia nya sangat tidak masuk akal.
Disebabkan petugas grafik yang bertanggung jawab menghasilkan kulit buku teks matematik untuk penuntut universiti di Thailand malas mencari gambar, seorang pelakon lucah menjadi penghias buku teks tersebut.
Buku teks yang disiap dicetak ini kemudiannya di jual dan diagih ke kolej dan universiti.
Kesilapan memalukan ini kemudiannya ditegur di Twitter oleh individu yang perasan lantas ia tersebar luas hingga memalukan Bahagian Pendidikan Vokasional Thailand.
Rupa-rupanya meski pun wanita pada gambar kulit buku teks itu berpakaian kot dan beraksi seolah-olah sedang mengajar di kelas itu sebenarnya antara babak filem lucah bertajuk Costume Play Working Girl lakonan pelakon lucah Jepun, Mana Aoki.
Akibatnya penerbit buku teks ini, Muang Thai Book diarah supaya menarik balik serta merta jualan beribu-ribu naskah buku tersebut yang sudah beredar di pasaran bagi menggantikannya dengan kulit buku baru yang lebih ‘berilmiah’. - Web Berita 

0 Response to "Pelakon P0rno Hiasi Kulit Buku Teks Matematik"

Catat Ulasan