Lagi gambar-gambar tragis pelajar MAUT dibaham harimau di Zoo

NEW DELHI : Seorang remaja menghadapi detik tragis apabila beliau maut dibaham seekor harimau putih di sini semalam, lapor portal berita antarabangsa AFP.

Saat-saat akhir pemuda tersebut sebelum menjadi mangsa harimau putih mula menjadi viral dilaman sosial menerusi sekeping gambar disamping VIDEO footage yang dimuat naik dilaman sosial Youtube.







Kebanyakan pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja itu yang berdepan detik-detik akhir dibaham harimau putih terbabit.

Menerusi laporan AFP, harimau putih itu menyerang dan membunuh remaja lelaki yang dipercayai terjatuh atau melompat ke dalam sebuah kandang harimau yang menempatkan haiwan terbabit di sebuah zoo di India.


Pengunjung yang berada ditempat kejadian turut sama membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, tetapi usaha itu dilihat gagal bagi membantu mangsa apabila harimau itu menerkam mangsa dibahagian lehernya.

Mayat remaja malang itu telah dibawa ke sebuah hospital di New Delhi untuk dibedah siasat. Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan samaada mangsa di tempat kejadian seorang diri atau bersama rakannya, lapor AFP.


1 Response to "Lagi gambar-gambar tragis pelajar MAUT dibaham harimau di Zoo "