Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan menyebar dan memiliki gambar bogel teman wanitanya.
Ashraf Azizan, 24 didakwa sengaja mengaibkan kehormatan mangsa dengan menyebarkan gambar bogel wanita berusia 19 tahun itu di Hotel New Wave, Desa Sri Hartamas pada jam 6 petang, 4 September lepas.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Manakala bagi pertuduhan memiliki gambar bogel mangsa, Ashraf didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10 malam di tempat dan tarikh yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanan Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Datuk Mohd Noor Nordin menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 untuk pertuduhan pertama dan RM2,000 bagi pertuduhan kedua.
Bagaimanapun peguam tertuduh, Khairul Nizam Abd Razak memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana tertuduh tidak bekerja dan hanya membantu ibunya menjual kuih.
Majistret Nur Aminatul Mardhiah Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 8 Oktober depan untuk sebutan dan penyerahan dokumen kes. - ( Gambar Hiasan ) Bernama

0 Response to "Lelaki didakwa sebar, miliki gambar b0gel teman wanita"
Catat Ulasan