Zaquan Adha mengamuk dengan Iqram Dinzly

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba diberitahu oleh seorang teman bahawa pemain bola sepak negara, Zaquan Adha tengah mengamuk  giler dengan pelakon Iqram Dinzly.

Berbalik pasal isu Zaquan Adha dengan Iqram Dinzly,sebenarnya tak tahu sebab-musabab apa Zaquan naik hantu dengan Iqram.

Melalui twitter Zaquan ini lah punca beliau mengamuk sakan pada Iqram,kononnya sebab tak sanggup melihat Ayu Raudhah diperlakukan begitu dalam filem Lagenda Budak Setan 3. Siap cakap lagi lepas ni, dia tak akan benarkan Ayu Raudhah berlakon lagi. 


Apapun, si Iqram pun tak mahu mengalah. Bertubi-tubi jawapan balas ditujukan buat Zaquan. Kata Iqram, berlakon tak sama dengan main bola di padang dan dia bukannya nak rembat pun Ayu Raudhah daripada Zaquan. Iqram juga meminta supaya Zaquan menjadi profesional. 

Tiba-tiba lidah jadi kelu pulak. Besar isu ni. Siapa yang nak jawab ni isu ni ? mungkin juga ini hanya gimik untuk promasi filem Lagenda Budak Setan 3 tidak lah kita pasti. 

0 Response to "Zaquan Adha mengamuk dengan Iqram Dinzly "

Catat Ulasan