Cinta tak mengenal rupa, apabila pasangan terlebih elok rupa

Pepatah ada mengatakan, ‘Cinta tak mengenal rupa’ dan pada pasangan yang bercinta itu, mereka benar ikhlas menerima kekurangan pasangan mereka. Tetapi apa yang sukar dihadapi ialah orang keliling yang akan mengata tak kurang juga yang menjadi batu api menghasut.

Yang perlu kamu ambil kira sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius dengan pasangan yang dikurniakan rupa paras yang menarik.


Perlu persiapkan mental menghadapi pasangan kamu akan diburu oleh orang lain. Yang perlu kamu kawal, ialah sifat cemburu.
 

Kepercayaan terhadap pasangan dapat membantu dalam mengawal sifat cemburu buta dari menjadi parah. Usah ragukan kesetiaannya tetapi perlu juga ada perasaan sedikit berhati-hati.
 
Kawal sedikit tindak tanduknya contohnya seperti muat naik gambar ‘selfie’ (contohnya) kerana ia akan mengundang pujian bertalu-talu dan dalam pada pujian itu pasti ada yang menyimpan perasaan terhadap pasangan kamu. Hati-hati, jangan keterlaluan mengawal pula!
 
Sungguhpun rupa paras kamu mungkin tidak sepadan dengan pasangan, usah khuatir kerana kamu boleh litupinya dengan berpenampilan kemas dan mengikut trend semasa.
 
Rupa paras bukanlah kayu pengukur kasih sayang antara kamu dan pasangan, jadi curahkan kasih sayang seikhlas mungkin kepada pasangan supaya dia dapat merasainya dan menghargai kamu lebih dari segalanya.


Admin sangat kagum dengan pasangan di atas semoga hubungan mereka kekal sehingga akhir hayat dan mereka di beri kebahagiaan selamanya.

0 Response to "Cinta tak mengenal rupa, apabila pasangan terlebih elok rupa "

Catat Ulasan