Baru-baru ini disebuah akhbar tempatan terdengar gossip yang mengatakan bahawa pelakon yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu, Zarina Ann-Julie telah pun berkahwin dengan seorang jejaka berkulit hitam atau bahasa kasarnya, negro.
Tetapi selepas bertemu empunya diri di majlis tayangan filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut, dia telah menafikan segala-galanya yang telah diperkatakan oleh media tentang hal itu.
“Kalau saya sudah berkahwin, mana suami saya? Sampaikan ada kawan-kawan saya pun bertanya dengan mengatakan ‘sampai hati tak jemput’ dan ada sebelum ini mengatakan saya dengan negro dan sebagainya. Tapi tidak ada pula wartawan yang menghubungi saya untuk mengesahkan atau bertanyakan soal itu,” katanya.
Dia yang kini lebih matang dalam soal kerjaya dan kehidupannya ini telah menjelaskan bahawa dia kini cukup berhati-hati dengan orang di sekelilingnya malah ada yang sudah tidak dihubunginya lagi disebabkan kontroversi yang melandanya sebelum ini.
“Ya benar saya memang cukup berhati-hati terutama rakan-rakan di sekeliling, malah sebelum ini juga sudah banyak saya ‘remove’ mereka semua dan saya kini lebih senang dan fokus dengan kerjaya, bisnes. Sekarang ini biarlah saya fokus dengan apa yang dibuat,” ujarnya lagi.
Dia yang kini lebih selesa berlakon filem daripada drama bersiri memberitahu bahawa bukan soal kewangan yang dicarinya semata-mata, tetapi lebih kepada soal kualiti lakonannya dan masa yang begitu terhad sehinggakan dia kadang-kalanya terpaksa menangguhkan pengajiannya.
“Saya mahu berlakon drama bersiri tetapi masa yang agak panjang dan ini akan ganggu pengajian saya. Tetapi sekiranya filem ianya hanya mengambil masa sekitar 30 hari sahaja dan itu tidak menjadi masalah buat saya kerana masanya yang tidak terlalu panjang,” katanya yang masih menuntut jurusan Undang-undang di Brickfields Asia College Kuala Lumpur. rtky
0 Response to "Zarina Ann Julie nafi kahwin dengan Negro "
Catat Ulasan