Adakah Aidil, Norfarhan, Faris Danial dan Fandi Othman akan meledak lagi seperti mana semasa bertemu Laos di perlawanan sebelum ini.
Mesej untuk Harimau Muda adalah jelas - menang dan layak ke pusingan kedua atau pun sedia berkemas untuk pulang awal.
Skuad bola sepak negara Bawah 23 tahun itu akan menentang Arab Saudi dalam perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Goyang, petang ini dan tiga mata adalah wajib dalam situasi tertekan ini.
Ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee harus mengerti betapa jaringan adalah apa yang amat diperlukan untuk pasukan dalam cabaran getir itu.
Arab Saudi pula cuma perlu seri ketika menentang pasukan negara untuk mengiringi tuah rumah, Korea Selatan yang sudah layak awal berbekal dua kemenangan.
"Kami harus seimbang dalam pertahanan dan serangan," kata Kim Swee.
"Arab Saudi lebih seimbang dalam semua bahagian tetapi ada beberapa aspek boleh kami mengambil kesempatan untuk mencari gol nanti."
Kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan Arab Saudi adalah pada 1983 ketika pusingan kelayakan Olimpik dengan kemenangan 3-1 di Stadium Merdeka.
Skuad negara membuka tirai perlawanan dengan kekalahan 0-3 kepada Korea Selatan tapi bangkit garang membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan kedua.
0 Response to "Sukan Asia : Petang ini detik penting untuk Harimau Muda bagi tewaskan Arab Saudi "
Catat Ulasan