Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi
yang pernah mengalami hingga boleh mendatangkan kemurungan berhari-hari
lamanya.
Ini yang dirasai oleh seorang wanita dari Chengdu, China dengan
mengambil keputusan ‘pelik’ untuk tinggal di sebuah restoran terkenal
segera, KFC selama seminggu selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya.
Tan Shen, 26, yang berada dalam keadaan murung selepas ditinggalkan
oleh teman lelakinya keluar untuk mencari makanan bagi mengubati
kesedihannya.
Dek kerana memerlukan ‘masa untuk berfikir’ akan kehidupannya, wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tinggal di KFC.
Kata Tan, dia tidak mahu pulang ke rumahnya gara-gara rumah itu penuh
dengan kenangan dan memori manis bersama bekas teman lelakinya itu.
Seorang pekerja KFC, Jiang Li Lung, 22 yang perasaan kehadiran wanita
di premis makanan 24 jam ini sempat menyoal sama ada Tan memerlukan
sebarang bantuan. Namun Tan hanya menjawab dia perlukan masa dan akan
memesan ayam dan kentang goreng setiap hari.
Akhirnya Tan yang bosan memakan ayam setiap hari selama seminggu
membuat keputusan untuk pulang ke rumah dan segera berjumpa ibu bapanya.
Nampaknya Tan berusaha melupakan kesedihannya, baguslah Tan usah dikenang-kenang lagi yer ! Credit MNH
0 Response to "Akibat putus cinta wanita ini jadikan KFC rumah nya "
Catat Ulasan