Gempar : Wanita amuk di Putrajaya lari dari Hospital



Wanita yang pernah terlibat dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Muhdalena Ahmad, 30, dipercayai telah melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, pagi tadi.

Dia sebelum ini diperintah agar ditahan di Hospital Permai, Tampoi oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya, Jun lepas.

Muhdalena kemudian dimasukkan ke HSA kerana bersalin kelmarin, Pagi tadi, kira-kira pukul 9 pagi, dia didapati tiada di katil hospital berkenaan selepas memberi alasan untuk keluar ke tandas sebelum itu.

Muhdalena didakwa di Mahkamah Sesyen, dengan empat pertuduhan dalam kejadian amuk yang berlaku dia tahun lalu.

Hakim mendapati tertuduh ketika kejadian mengalami ketidaksempurnaan akal dan memerintahkannya ditahan dengan selamat di hospital mental di Tampoi itu sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.
Muhdalena Ahmad
Dia yang merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia melakukan amuk bersama seorang lelaki pada pukul 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Pada 29 Ogos tahun sama, Muhdalena membuat kelainan apabila hadir ke Mahkamah Sesyen untuk sebutan kesnya memakai topeng ‘Power Rangers’ bagi mengelakkan wajahnya dirakam jurugambar.

Pada 19 Julai, dia mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Dalam kejadian itu, Muhdalena bersama Allahyarham Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di perkarangan pejabat JPM yang bersebelahan dengan pejabat yang digunakan Perdana Menteri.

Khalil bagaimanapun meninggal dunia selepas terkena tembakan polis di tangan dan bahagian ari-ari, Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanannya.
Johor Bahru:Muhdalena Ahmad, 30, wanita yang terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012, berjaya melarikan diri dengan memberi alasan ingin ke tandas ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kira-kira 8.50 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, Muhdalena sebelum itu dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu untuk bersalin dan melarikan diri kira-kira 9 pagi tadi.
"Serentak itu gerakan mengesan Muhdalena dilancarkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi polis di talian 07-221 2999," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu menurut sumber,Muhdalena baru sahaja melahirkan anak lelaki pada Selasa lalu dan tidak bergari selain memakai baju hospital berwarna merah jambu ketika melarikan diri.
"Ketika kejadian ada dua anggota polis yang bertugas dan Mudhalena meminta izin untuk ke tandas selain dibenarkan berbuat demikian tanpa dikawal kira-kira 8.50 pagi tadi," katanya.
Muhdalena pada Jun lalu diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya supaya ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada Julai 2012, Muhdalena didakwa terbabit dalam kes amuk bersenjata bersama seorang lelaki, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahdi'.
Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalena, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3637#sthash.jbbKwcuq.dpuf

0 Response to "Gempar : Wanita amuk di Putrajaya lari dari Hospital "

Catat Ulasan