Melaka : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cemas apabila
kepalanya tersepit di antara besi katil dua tingkat di rumahnya di
Lorong Solok Tambak, Balai Panjang, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Syahir Amir
Hamzah dikatakan sedang meniti di atas besi katil, sebelum terjerlus dan
lehernya tersangkut.
Ibu mangsa yang menyedari kejadian cuba meregangkan besi katil, namun gagal lalu menghubungi anggota bomba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba
Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3
petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.
"Ketika sampai di lokasi kejadian, kanak-kanak lelaki ini sedang
menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan
berdiri.'
"Mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh kurang 10 minit apabila
anggota menggunakan pemotong besi untuk memotong besi katil," katanya. BH
0 Response to "Cemas : Kepala budak 4 tahun tersangkut celah besi katil "
Catat Ulasan