Gambar Tragis : Wanita mengadung maut muntah darah dalam tandas stesen minyak

Entah apa sebabnya, seorang wanita yang dalam keadaan hamil meninggal dunia selepas mengalami muntah darah semasa berada di stesen minyak berhampiran Taman Pagoh Jaya, di sini malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia lingkungan 40-an, mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Johor Baharu bersama seorang rakannya mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Johor Bahru.
Difahamkan, semasa di stesen minyak berkenaan mangsa masuk ke tandas wanita dan muntah darah menyebabkan lantai tandas dipenuhi darah sebelum dilihat berjalan dalam keadaan lemah menuju ke keretanya.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Hassan, 28, berkata mangsa rebah sebelum memasuki keretanya yang ketika itu sedang diisi minyak oleh seorang rakannya.
“Mangsa terlebih dahulu duduk di bangku batu di hadapan tandas sebelum berjalan ke arah kereta kerana terdapat kesan darah pada bangku dan meja tersebut.




“Mangsa dilihat dalam keadaan lemah duduk seketika pada tembok sebelah salah satu pam minyak dan rebah secara tiba-tiba ketika cuba memasuki kereta,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, apa yang berlaku itu telah menyebabkan suasana di stesen minyak berkenaan menjadi kecoh.
Menurutnya, orang ramai yang berada di stesen berkenaan turut membantu mangsa terbabit sebelum menghubungi ambulans setelah mendapati keadaannya kritikal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata siasatan awal mendapati insiden tersebut tidak mempunyai unsur jenayah, namun tidak dapat mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan terperinci.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi. Credit therakyatpost, Daily traffic

0 Response to "Gambar Tragis : Wanita mengadung maut muntah darah dalam tandas stesen minyak "

Catat Ulasan