Mangsa kemalangan Ngeri sempat selfie sebelum kemalangan

Malang tidak berbau itu lah yang dapat diungkapkan terhadap apa yang berlaku, keriangan satu keluarga berakhir tragedi dalam Kemalangan Ngeri selepas Terowong Menora lebuh raya PLUS.

Pemandu kereta Muhammad Yusriman ( Baju Merah ) dan keluarga nya sempat mengambil gambar di dalam kereta sebelum kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan ngeri, yang mengorbankan ibu dan kakak nya yang berada di belakang kereta terbabit.

Manakala adik mangsa yang mengambil gambar cedera parah, beliau dan adik permepuan nya yang merupakan seorang kanak-kanak dalam kereta tersebut terselamat dalam kemalangan ngeri itu.








Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan "saya minta maaf mak" dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler berkenaan rempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya.

"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah," katanya ketika ditemui pemberita di HRPB di sini.

Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut,
 Al-fatihah dan salam takziah untuk keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri tersebut.

7 Responses to "Mangsa kemalangan Ngeri sempat selfie sebelum kemalangan "