Kini bersepah pelbagai spekulasi dari kes seorang pelajar yang mati dibaham harimau apabila jatuh ke dalam kandang zoo yang terletak di New Delhi.
Rata-rata orang awam yang menonton kejadian minggu lalu hanya melihat mamalia itu sebagai ‘pembunuh’ dan bebas memberikan pandangan sebelah sangka sahaja.
Berlainan pula kenyataan yang diutarakan oleh seorang jejaka yang dikenali sebagai Ranjith. Pemilik akaun ‘Ranjith Choreographer’ di laman Facebook ini berpendapat bahawa haiwan tersebut tidak mempunyai niat jahat mencederakan mangsa.
Beralaskan laporan forensik yang terbaru, Ranjit menyifatkan tindakan harimau itu adalah mahu ‘melindungi’ mangsa. Jika diamati video tersebut, jelas kelihatan orang awam yang berada di sekeliling sangkar bertindak melontarkan batu dengan tujuan mahu menjauhkan haiwan berkenaan.
Namun ada sebahagain dari lontaran tersebut yang mengenai mangsa lantas pak belang ingin membawanya pergi dari situ. Adalah menjadi kebiasaan harimau untuk mengongong baka mereka di bahagian tenguk dengan tujuan peralihan.
Nescaya perbuatan tersebut mendatangkan kecelakaan kepada lelaki malang itu. Laporan bedah siasat juga mendapati selain dari kesan luka di leher, pelajar berumur 18 tahun itu bebas dari sebarang luka dari ancaman harimau terbabit.
0 Response to "Pelajar Maut dibaham : Harimau mempunyai niat lain"
Catat Ulasan