Sepasang pasangan lesbian yang menggunakan khidmat bank sperma bertindak mahu menyaman organisasi tersebut kerana mendakwa mendapat sperma yang salah.
Salah seorang pasangan yang bertindak sebagai ‘ibu’ dengan mengandung dan melahirkan bayi tersebut mendakwa mereka telah diberikan sperma dari penderma dari bangsa kulit hitam. Akibatnya pasangan ini telah mendapat bayi berdarah campuran dua bangsa.
Ibu tersebut, Jennifer Cramblett, 36, mendakwa kesilapan tersebut telah membuatkan dia tertekan kerana keluarganya bersifat rasis terhadap kaum tersebut dan dia tinggal dalam sebuah bandar kecil.
Pasangan tersebut telah memilih sendiri penderma untuk kandungan tersebut dan telah memilih penderma dari bangsa kulit putih.
Bank Sperma Midwest telah mengenakan bayaran $ 400 untuk setiap botol air mani dan Cik Cramblett dan pasangannya menerima enam cawan air mani yang salah.
Klinik itu kemudian menghantar nota permohonan maaf dan bayaran balik walaupun mendakwa mereka menerima sampel air mani yang betul.
0 Response to "Saman Bank Sperma kerana terbagi air mani pederma kulit hitam "
Catat Ulasan