Video : Kamera tersembunyi pada baju dalam


Rasanya fakta yang cuba disampaikan dalam video ini bukanlah satu kejutan baharu. 

Satu eksperimen telah dijalankan oleh Nestle Fitness untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara. Dalam eksperimen ini, seorang wanita dipakaikan baju dalam merah jambu dan kemudiannya bersiar-siar di sekitar kota London.
Namun apa yang tidak diketahui adalah pada baju dalam tersebut terdapat sebuah kamera kecil. Kamera itu berjaya merakamkan dengan jelas bagaimana reaksi orang di sekeliling yang mencuri pandang 'bahagian' berkenaan.

Tak boleh nak salahkan orang lain seratus peratus kerana lumrah kejadian manusia memang begitu. Namun jika anda seorang wanita, anda perlu berfikir, adakah anda suka 'diperlakukan' sedemikian ?

0 Response to "Video : Kamera tersembunyi pada baju dalam"

Catat Ulasan