Sebuah video yang menyaksikan
detik-detik cemas seorang pengguna jalan raya hampir melanggar sebuah
ambulan yang melawan arus tersebar di laman Facebook.
Mohd Syawwil Idham, nyaris terlanggar sebuah ambulan milik Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM), Raub, bernombor pendaftaran W7183L yang
melawan arus pada kedudukan di lorong laju tanpa membunyikan sebarang
siren.
Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur itu bagaimanapun,
Syawwil sempat menekan brek kecemasan dan menggelak dari terlanggar
ambulan berkenaan.
"Jika tanpa bantuan ABS, mungkin kereta saya telah berpusing dan berlaku kecelakaan pada kami sekeluarga," katanya yang sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana terselamat dari insiden yang tidak diingini itu.
VIDEO KLIK SINI |
Justeru itu, Syawwil menggesa pihak KKM
menyiasat tindakan pemandu ambulan berkenaan dan ambil tindakan yang
sewajarnya jika tindakan pemandu berkenaan tiada dalam SOP.
Sungguhpun kedengaran logik penjelasan beliau, namun pihak Kementerian
Kesihatan sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan
mengenai insiden terbabit. Credit My Media Hub
"Mungkin pada saya selamat, sebab masih mampu mengelak. Pada pengguna jalan raya yang lain bagaimana?" ujarnya.
Ekoran dari itu, ramai netizen yang membuat andaian sendiri. Ada
diantaranya menyalahkan tindakan pemandu, tidak kurang juga yang
memberikan pandangan bahawa jika dalam keadaan terdesak, tindakan
pemandu ambulan itu boleh dipertimbangkan.
Namun, seorang individu tampil menjelaskan 'cerita sebenar' yang menjadi
punca mengapa pemandu ambulan terpaksa mengambil tindakan melawan arus
sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
0 Response to "Cemas : Penjelasan Ambulan Hospital Raub lawan arus di LPT "
Catat Ulasan