Prague : Seorang model terkenal yang pernah menjadi gadis iklan jenama mewah Prada dan L’Oreal serta penghias muka depan majalah fesyen popular, Elle ditemui mati di dalam tab mandinya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Katerina Netolicka (gambar), 26, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam tab mandi di kediaman yang dikongsi bersama teman lelakinya, Jakub Petruzalek, 29.
Mayat Netolicka ditemui oleh saudara lelakinya di kediaman berkenaan di Republik Czech selepas dia bimbang model itu tidak menjawab panggilan telefonya selepas berkali-kali dihubungi.
Ketika kejadian, teman lelakinya berada di luar negara kerana menyertai perlawanan hoki ais di Rusia menentang kelab Avtomobilist Yekaterinburg.
Sebelum ini, mereka telah tinggal bersama selama lima tahun.
Beberapa rakan model berkenaan memberitahu, Netolicka menghadapi masalah kemurungan.
Wanita berkenaan yang memulakan kerjaya sebagai model pada tahun 2004 juga popular dalam sukan tinju kickboxing selepas memenangi kejuaraan Czech Championship pada bulan lalu.
Seorang model yang pernah tinggal bersama Netolicka di New York tujuh tahun lalu memberitahu media tempatan bahawa Netolicka mengalami masalah kemurungan.
“Kadangkala dia berperangai seperti terdapat dua individu berbeza dalam dirinya.
“Satu ketika dia amat gembira dan selepas itu dia sedih dan tertekan serta pernah mencederakan diri sendiri,” kata model berkenaan yang tidak mahu identitinya didedahkan.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan mangsa, Adrian Smrcka memberitahu, dia tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku pada hari kejadian.
“Mungkin dia kejang otot selepas berlatih kickboxing atau dia mungkin diserang strok,” kata Smrcka. – Agensi
0 Response to "H0T : Model terkenal Prada ditemui mati (4 Gambar)"
Catat Ulasan