Keith Foo teruja tunang beri Green Light beli Kereta Mewah

Bertuah Keith Foo selain mempunyai tunang yang cantik dan rupawan, buah hatinya itu juga merupakan seorang yang sangat ‘sporting’.

Pelakon kacak itu baru-baru ini memuat naik sekeping foto sebuah kereta Nissan Skyline di laman Instagramnya.

Namun disebabkan kapsyen yang ditulis hero Ariana Rose itu, ramai pengikut telah membuat spekulasi, Keith kini sedang merancang untuk membeli kereta idamannya itu.

Lebih mengujakan ayat yang ditulis Keith seolah-seolah dia sedang berterima kasih kepada tunangnya Kim Raymond kerana telah memberi kebenaran kepadanya untuk memiliki kereta ‘sport’ berwarna perak itu.

 
Apapun, jika benar Keith Foo sedang merancang untuk membeli kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit itu, tidak ada salahnya kerana ia merupakan ‘reward’  kepada dirinya sendiri yang telah bekerja keras selama ini. Credit Astro Gempak 

0 Response to "Keith Foo teruja tunang beri Green Light beli Kereta Mewah "

Catat Ulasan