Kisah sedih : Wanita OKU serta dua anak berkerusi roda pukul 1 pagi


Admin tersentuh hati membaca kisah seorang sahabat yang mana beliau telah berjumpa seorang wanita kurang upaya ( OKU ) berkerusi roda merayau bersama dua anak nya pukul 1 pagi malam tadi.

Mengikut Ahmad wanita ini membawa sebuah beg dan dua anak nya di atas kerusi roda terbabit, sungguh sayu melihat Video 14 saat yang di muat naik oleh saudara Ahmad.

Sedikit apa yang berlaku di cerita kan oleh saudara Ahmad melalui facebook.

Sedih. Dia tiba-tiba lalu di depan saya membawa dua orang anak. Saya kejar dia menjauh sambil meneruskan perjalanan. Akhirnya saya halang dan bertanya apa masalahnya sehinggakan jam 1:00pagi sanggup membawa beg besar dan anak-anak kecil sebegini. Rupa-rupanya dia juga orang Gua Musang, Kelantan senegeri dengan saya.

Menangisnya tanpa henti tapi tidak mahu membuka cerita. Satu persatu perkataan te
rus terbuka cerita. "Akak ada masalah dengan suami akak ye?" saya tanya. Bukan mahu masuk campur hal dalaman cuma ingin menyelesaikan. Seorang demi seorang datang dan akhirnya datang suaminya.

Sayu melihat wajah suaminya, baik dan beradab masih menjaga keadaan agar tidak terbuka aib sesiapa. Saya pun kesian dengan isterinya juga bukanlah ada perangai cuma mungkin Allah menduga mereka kali ini.

Di tengah jalan suaminya menitis air mata meluahkan seperti tiada arah lagi. Saya dukung anaknya tidak melepaskan tangan saya. Jam 3:00pagi baru tadi selesai kes setelah suaminya menghantar ke rumah kawan baiknya. Semoga Allah menjaga hati si suami dan isteri serta anak-anak, baik akhlak, baik kesihatan, baik budi dan baik segalanya. - Ahmad Iqbal

Kejadian ini berlaku di Ukay Perdana Kuala Lumpur, semoga wanita ini dapat di bantu untuk menyelesaikan masalahnya kerana ramai yang risau keselamatan dua anak nya yang bersama-sama nya. Oleh Tiffany HNS

0 Response to "Kisah sedih : Wanita OKU serta dua anak berkerusi roda pukul 1 pagi "

Catat Ulasan