Istiadat perkahwinan
diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama
isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam sampai ke kemuncaknya dengan
persandingan yang diadakan dalam majlis penuh istiadat diraja dan
ketenteraan yang gilang-gemilang di Istana Besar di sini malam tadi.
Bagaikan pinang dibelah dua, pasangan diraja itu kelihatan anggun dan
menawan dengan Tunku Ismail mengenakan pakaian istiadat ketenteraan
manakala Che Puan Khaleeda memakai busana putih di atas pelamin yang
direka khas untuk kedua-dua mempelai itu.
Tepat pada pukul 8.50 malam, Tunku Ismail, 30, dan Che Puan Khaleeda,
21, tiba di pekarangan istana berkenaan dengan menaiki kereta antik
Mercedes Benz sambil diiringi paluan kompang setelah diarak menaiki
kereta tersebut sejauh tiga kilometer dari Istana Bukit Serene sambil
disaksikan kira-kira 1,200 tetamu jemputan.
Para pemain bolasepak JDT juga hadir bersama pasangan mereka untuk meraikan majlis tersebut antara yang hadir Norshahrul Idlan Talaha dan isteri, Syafiq Rahim dan isteri, Safee Sali dan Isteri, Zaquan Adha dan isteri, Fadhli Shas dan isteri, Fegorua dan pasangan serta ramai lagi. Credit Harimau Selatan Fanpage, Kosmo, Mstar
xde lah ramai sgt datang tgk.....kalau bola boleh laaa....
BalasPadam