Pemain bass, Mohd Eddie Ghazali, 46, yang juga suami kepada Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, mengakui dia berasa amat berat hati untuk melepaskan produser filem penuh sensasi itu pergi daripada hidupnya.
"Sedih... Itu yang boleh saya katakan tentang perasaan saya ketika ini. Dalam waktu yang sama, saya juga tidak mahu kehilangan dia dalam hidup saya.
"Tapi, apa boleh buat. Saya sudah berusaha tapi ini sajalah jalannya (bercerai). Apa yang saya lakukan ini bukanlah di atas kehendak saya, tapi demi kebaikan Raja Azmi, saya terpaksa lakukan," katanya seperti yang dilaporkan di portal murai.com
"Seperti saya, mereka juga sedih terutama ibu bapa saya. Kalau boleh mereka tak mahu tengok saya dengan Raja Azmi bercerai dan mengharapkan agar kami dapat bersatu semula.
Lagipun kedua-dua ibu bapa saya memang amat menyenangi dan menyayangi Raja Azmi. Tapi, oleh kerana ini (bercerai) adalah kehendak Raja Azmi sendiri, maka mereka pun terpaksa akur dan meminta saya melepaskan Raja Azmi secara baik.
"Dalam waktu yang sama, mereka masih mengharapkan agar kami dapat kembali. Dan, suatu hari, kalau ditakdirkan kami rujuk balik sebagai suami isteri, mereka juga masih mahu menerima Raja Azmi sebagai menantu mereka," katanya.
Raja Azmi mendirikan rumahtangga dengan Eddie pada 13 Oktober 2013 di Laman Beringin, Istana Budaya. Mula berkenalan pada 15 Februari tahun lalu sewaktu menonton showcase kumpulan NRG, Raja Azmi dan Eddie kemudian menjalinkan hubungan cinta hingga mengikat tali pertunangan pada 15 Julai tahun yang sama, diikuti dengan majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah yang bertemakan garden wedding.
Menurut Raja Azmi lagi, dia sudah berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya tetapi akhirnya dia terpaksa akur bahawa perceraian adalah satu-satunya jalan yang tinggal.
Kemelut Raja Azmi dengan Eddie bermula selepas wujudnya perselisihan faham di antara mereka yang berpunca daripada Raja Azmi sendiri apabila keluar dari rumah dengan tidak meminta izin suami.
Mengakui bersalah di dalam hal ini, namun Raja Azmi akui tidak dapat menerima cara teguran Eddie terhadap dirinya yang disifatkannya sebagai sedikit keterlaluan serta melukai hati kecil wanitanya.
Sejak tercetusnya perselisihan tersebut, Raja Azmi dan Eddie berpisah rumah sejak hujung bulan Ogos yang lalu sehinggalah ke saat ini. Beberapa perbincangan untuk memulihkan rumahtangga mereka telah dilakukan, namun ia menemui jalan buntu.
Raja Azmi telah pun memfailkan perceraiannya dengan Eddie di Mahkamah Syariah Hulu Kelang dan lafaz cerai mereka bakal dilakukan di mahkamah syariah pada petang ini.
0 Response to "Luahan hati Eddie berat hati terpaksa ceraikan Raja Azmi "
Catat Ulasan