Status penumpang dan kru MH370 yang hingga kini masih belum
dimuktamadkan bukan sahaja menyebabkan kepiluan kepada waris mangsa,
malah ia turut menjadi 'penghalang' untuk mereka meneruskan kehidupan.
Antara masalah yang didepani waris mangsa terlibat ialah untuk membina rumahtangga dengan pasangan baharu.
Keadaan ini dialami sekurang-kurangnya
seorang waris mangsa apabila dia terpaksa bernikah di negara jiran,
sebelum mendaftarkan perkahwinannya di negara ini.
Malahan, pasangan ini juga mungkin berdepan tindakan undang-undang
kerana mengamalkan poligami tanpa kebenaran kerana isteri baharunya
bermadukan seseorang yang tidak diketahui statusnya sama ada meninggal
dunia atau ghaib.
Suami salah seorang penumpang
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lalu
terpaksa memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami di
Mahkamah Tinggi Syariah awal November.
Bapa kepada empat anak itu menghadapi kesukaran kerana tidak dapat
mengemukakan surat kebenaran isterinya untuk membolehkan dia bernikah
kali kedua.
"Sijil kematian isterinya juga tidak dikeluarkan, jadi sukar untuk
bernikah dalam negara, oleh itu pasangan itu ke Songkla, Thailand dan
kini memfailkan permohonan daftar nikah untuk berpoligami," katanya.
Menurut sumber itu lagi, lelaki berkenaan mengahwini seorang wanita yang berasal dari Muar, Johor dan bekerja di ibu negara.
"Majlis meraikan pasangan pengantin baharu ini juga dilangsungkan
secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat bulan lalu," kata
sumber itu.
Isteri lelaki terbabit merupakan antara 239 penumpang yang berada
dalam pesawat MH370 yang sedang dalam perjalanan ke Beijing apabila
hilang awal pagi pada 8 Mac sebaik berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur. Credit Mstar
0 Response to "Madu Ghaib : Suami mangsa MH370 terpaksa bernikah di negara jiran"
Catat Ulasan