Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya,
seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng
terbabit secara sendirian.
Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di
sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka
ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua
lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul
11.36 malam.
Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi
Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja
terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga
menyebabkan tercetus pergaduhan.
Suspek yang di tangkap |
“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga
menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.
“Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh kedalam tasik .
Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.
“Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat
kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa
pada pukul 1.30 pagi,” katanya.
A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.
“Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.
“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja
lelaki serta menyerahkan kepada polis,” katanya sambil menambah telah
menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.
Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta
menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.Credit Terengganu Times
0 Response to "Bapa cari dan tangkap sendiri pembunuh anak"
Catat Ulasan