Polis mengesahkan kematian seorang lelaki berusia 19 tahun yang
dipercayai dibelasah sekumpulan lelaki sebelum di tolak kedalam lombong
di Taman Tasik, Setapak di sini, malam Khamis lalu adalah disebabkan
lemas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi
Abd Aziz berkata, hasil bedah siasat menunjukkan suspek meninggal dunia
kerana lemas selepas dipercayai diserang sekumpulan lelaki ketika
sedang duduk berbual bersama lima lagi rakannya yang lain.
“Hasil bedah siasat yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL)
menunjukkan suspek meninggal dunia kerana lemas, namun terdapat kesan
kecederaan di belakang kepala mangsa. Siasatan lanjut masih diteruskan,”
katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati berlaku pergelutan di antara
mangsa dan kumpulan penyerang sebelum mangsa terjatuh ke dalam lombong
di lokasi kejadian.
Menurutnya, sehingga kini tujuh suspek berusia 15 hingga 18 tahun
sudah ditahan bagi membantu siasatan dan polis masih memburu beberapa
lagi suspek dipercayai terbabit dengan insiden berkenaan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, mangsa, Khairul Fadzmi
Shahrulnizam bersama lima lagi rakannya dipercayai diserang 20 lelaki
bermotosikal yang bersenjatakan besi, kayu dan topi keledar disyaki cuba
menyamun mereka.
Difahamkan, rakan mangsa yang cedera dibelasah memberitahu mangsa
dipercayai dirodok dengan pisau sebelum ditolak ke dalam lombong kerana
terdengar jeritannya mengerang kesakitan. Al-fatihah Credit HM dan T.Times
0 Response to "Wajah remaja di samun, dicampak ke lombong oleh mat rempit "
Catat Ulasan