Ipoh : Seorang lelaki maut ditikam dengan senjata
tajam hingga menyebabkan perut terburai dalam kejadian di sebuah pusat
membeli-belah , di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata,
dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dikenali sebagai Al
Amin, 30, ditemui dalam keadaan perut terburai di tingkat satu pusat
beli belah terbabit dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk
mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa rakannya ke
premis terbabit untuk karaoke, dan sebaik mahu pulang mangsa dipercayai
didatangi sekumpulan 10 hingga 15 lelaki warga Indonesia, sebelum
berlaku pertengkaran hingga menyebabkan pergaduhan.
"Mangsa warga Indonesia itu kemudian dipercayai dibelasah sebelum ditikam dengan senjata tajam.mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan, namun sebaik sampai di hospital mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
0 Response to "Ngeri : Lelaki terburai perut di tikam di pusat beli belah di Ipoh ( 3 Gambar )"
Catat Ulasan