Pandalela kemalangan kereta Chevrolet Sonic hentam pembahagi jalan

Kuala Lumpur : Penerjun negara Pandelela Rinong terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di Jalan Mahameru awal pagi Isnin. 

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP Markandan Subramaniam berkata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik itu sedang memandu sendirian ke arah Bukit Jalil dari pusat bandar apabila beliau terpaksa mengelak daripada sebuah kereta lain yang memasuki lorongnya.


Pandelela hilang kawalan kereta putih beliau, Chevrolet Sonic yang menghentam pembahagi jalan logam. 




"Hentaman ini menyebabkan dia melencong ke kiri dan sebahagian daripada keretanya terbabas ke dalam longkang di tepi jalan. 

Walau bagaimanapun, polis mengesahkan beliau terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan " kata Markandan, sambil menambah kereta itu melanggar papan tanda jalan sebelum masuk ke dalam longkang. Mstar

0 Response to "Pandalela kemalangan kereta Chevrolet Sonic hentam pembahagi jalan"

Catat Ulasan