Terima pesanan teks yang NGERI sebelum dibunuh

Hong Kong : Seorang wanita warga Indonesia, Seneng Mujiasih yang juga menggunakan nama Jesse Lorena, dijumpai mati di pangsapuri eksekutif bank, Rurik Jutting pada minggu lepas. 

Jutting dan Mujiasih telah berjumpa di kelab malam dan selepas itu pulang ke pangsapuri Jutting. 

Sekitar pukul 3.25 pagi, Mujiasih telah menghantar satu pesanan teks kepada rakannya yang bertulis  ‘’ saya rasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku dan saya ingin keluar dari sini dengan serta merta’’. 
Malangnya Mujiasih ditemui mati dengan luka di badan dan mukanya. Apa yang berlaku di dalam pangsapuri masih disiasati oleh pihak polis Hong Kong.

Satu lagi mayat warga Indonesia juga dijumpai di dalam beg pakaian di balkoni pangsapuri tersebut.
 
Pada hari Isnin, Jutting dilihat memberi senyuman yang sinis kepada para pemberita ketika dibawa ke dalam van penjara.
 
Ujian- ujian psikiatri akan menentukan sama ada Jutting patut diberikan perbicaraan mahkamah untuk dua kes pembunuhan. 

0 Response to "Terima pesanan teks yang NGERI sebelum dibunuh"

Catat Ulasan