Pernah tak terfikir kenapa peserta pertandingan Ratu Cantik dari Venezuela sering mendapat tempat yang baik dalam pertandingan? Fakta: Peserta Venezuela pernah menang 6 kali takhta Miss Universe dan 3 kali Miss World.
Mari kita lihat kenapa :
1. Wanita Venezuela sangat happy
Menurut survey World Value, 55 % masyarakat Venezuela mengakui mereka sangat bahagia, malah ia merupakan antara negara paling bahagia di dunia.
2. Elemen eksotik
Venezuela merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Kerana itu, ramai anak kacukan dilahirkan dari pelbagai etnik; Sepanyol, Portugis, Arab, Jerman dan banyak lagi. Dan semua orang tahu macam mana 'hasil' anak kacukan, kan?
3. Lokasi berdekatan laut
Bila dekat dengan laut dan pantai, bermakna kulit tan yang cantik, badan langsing yang sesuai untuk memakai bikini dan rambut perang yang cantik mengurai. Resipi paling tepat untuk menggambarkan kecantikan wanita.
4. Obses tentang ratu cantik
Wanita Venezuela sangat obses dengan keinginan untuk menjadi ratu cantik. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka menang; rutin makanan, diet dan fitness yang ketat.
Malah mereka juga punya 'pageant school' di mana ratu cantik akan dilatih dengan teliti supaya mereka mampu menyerlah di pertandingan peringkat antarabangsa. Credit mylaunchpad
Malah mereka juga punya 'pageant school' di mana ratu cantik akan dilatih dengan teliti supaya mereka mampu menyerlah di pertandingan peringkat antarabangsa. Credit mylaunchpad
0 Response to "Venezuela, gedung ratu cantik dunia (6 Gambar) "
Catat Ulasan