Aliran air Banjir yang agak kuat seumpama Tsunami kecil, semasa kejadian banyak kenderaan dan peralatan rosak teruk di hanjut arus.
Kediaman dan kenderaan yang terjejas adalah yang berada di tebing Sungai Ringlet di kampung berkenaan.
Lebih 20 kediaman dan 20 kenderaan terjejas dan rosak akibat banjir lumpur di Kampung Baru Ringlet .
Enam keluarga terdiri daripada 26 penduduk di penempatan itu dipindahkan ke Dewan Ringlet manakala selebihnya menumpang di rumah keluarga atau sanak saudara masing-masing.
Dalam pada itu Mayat remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan dihanyutkan arus di Sungai Telom, Kampung Raja di sini petang semalam ditemui sebentar tadi.
Mayat mangsa yang ditemui tersangkut di sebuah kebun sayur di Kuala Terla di sini kira-kira pukul 9.15 pagi. Jarak tempat kejadian sejauh dua kilometer.
Menurut seorang kenalan keluarga mangsa, sebelum kejadian remaja itu mengendalikan traktor milik bapanya sebelum tergelincir ke dalam sungai.
“Dia membantu mengalihkan traktor tersebut ke tempat tinggi selepas paras air naik secara mendadak.
“Mangsa kemudian tergelincir jatuh ke sungai dan hilang dibawa arus deras,” ujarnya yang enggan dikenali.
Sementara itu, berlaku kekecohan di tempat mangsa ditemui selepas ahli keluarga berang terhadap orang awam yang mengambil gambar mayat mangsa menggunakan telefon bimbit.
Tindakan pantas polis berjaya meredakan keadaan dan memujuk ahli keluarga mangsa agar bersabar. Credit BH, Kosmo
0 Response to "Video aliran Air Banjir di Cameron Highlands umpama Tsunami kecil "
Catat Ulasan