Majlis Merisik dan Pertunangan Chef Riz dan Shikin Maembong ( 5 Gambar )

Majlis merisik dan pertunangan telah dilakukan antara anak lelaki Chef Wan iaitu Chef Riz dan kakak kepada Emma Maembong, Shikin Maembong.
Majlis pertunangan Chef Riz dan Shikin Maembong ini dilakukan di rumah keluarga Ismail Embong merangkap pelukis terkenal di Malaysia. 
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu berlangsung pada Selasa lalu,  Majlis tersebut turut dihadiri keluarga terdekat.



“Insya-Allah, saya menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin. Kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.
“Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,” ujarnya.
Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat. Credit Hotlipscorner


0 Response to "Majlis Merisik dan Pertunangan Chef Riz dan Shikin Maembong ( 5 Gambar ) "

Catat Ulasan