Seniwati Mariani Ismail, 81, dimasukkan ke wad Hospital Sentosa Kuala Lumpur pada awal pagi Selasa lalu kerana dilaporkan menghidap komplikasi usus.
Menurut anaknya, Melissa Saila yang ditemui Kosmo! berkata, Mariani dimasukkan ke wad tersebut setelah mengadu sakit perut selain muntah-muntah dan kerap membuang air besar.
"Selepas tiga hari ibu mengadu kepada kami bahawa dia sakit perut, kakak dan adik saya ada membawa ibu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan tetapi doktor mengesahkan tiada apa-apa penyakit.
"Kemudian pada keesokan harinya saya bawa ibu ke sebuah klinik pakar di Sentul dan doktor di sana memberitahu ibu disahkan terkena hidrasi dan perlu dimasukkan ke wad.
"Selepas itu barulah saya masukkan ibu ke hospital di sini. Alhamdulillah sekarang keadaannya semakin stabil dan sudah boleh makan seperti biasa. Namun, ibu masih dalam proses pemeriksaan akhir untuk doktor mengenalpasti apakah jenis penyakit yang dihidapinya," jelas Melissa dengan lanjut.
0 Response to "Seniwati Mariani dimasukkan ke hospital, komplikasi usus"
Catat Ulasan