Video : Mas Idayu bengang dengan perserta ujibakat Mentor

Belum pun bermula konsert Mentor Legend, namun program itu dilihat mula menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, peserta yang datang untuk ujibakat bukan calang-calang, sehingga berani mempertikaikan kredibiliti dan bakat salah seorang mentor, Mas Idayu.
Melalui video yang mula mendapat perhatian ramai, individu bernama Erdy Sofian, 22, hadir ke ujibakat Mas Idayu yang bertempat di Sri Pentas.
Walau bagaimanapun, atas sebab kekurangan bakat menyanyi, individu tersebut tidak terpilih ke peringkat seterusnya. Mungkin ‘panas’ sebab Mas Idayu tidak memilihnya, dia mula memberi pelbagai alasan.
Pada mulanya, Mas Idayu menasihatinya agar belajar dan mencuba lagi pada musim hadapan, namun atas kedegilan individu tadi, situasi mula bertukar tegang sampaikan dia mempertikaikan bakat dan suara Mas Idayu sehingga terpilih menjadi Mentor!
Nak tahu apa jawapan Mas Idayu ? Tengoklah video di atas sampai habis. Credit Mynewshub

0 Response to "Video : Mas Idayu bengang dengan perserta ujibakat Mentor"

Catat Ulasan