Wanita cedera ditampar pemandu teksi pembuli jalan raya

Selepas kes pembuli jalan raya yang didakwa mengganggu dan merosakkan kereta seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ - Shah Alam dilaporkan telah ditahan polis, kurang 24 jam selepas kejadian itu. 

Kini satu lagi kes seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki pemandu teksi kerana enggan mengundurkan kereta di jalan 2 hala belakang Hotel Istana, Jalan Raja Chulan.



Menurut wanita berkenaan dia ditampar selepas lelaki berkenaan melanggar keretanya dan cuba mengalihkan sendiri kereta wanita berkenaan.

Facebook 'Friends of BN' telah berkongsi imej wanita terbabit yang cedera dimulut akibat ditampar.

Gambar teksi dan report polis yang dibuat wanita terbabit juag dilampirkan, yang pasti  wanita terbabit juga telah menjadi mangsa  pembuli jalan raya yang tidak bertanggung jawab. Credit 'Friends of BN fb '

1 Response to "Wanita cedera ditampar pemandu teksi pembuli jalan raya "