3 Gambar : Trak Anggota Tentera Malaysia terbalik di Lahad Datu



Lahad Datu: Enam enam Anggota Tentera Malaysia (ATM) cedera manakala 18 lagi terselamat selepas trak yang mereka naiki terbalik dalam kejadian kemalangan di Jalan Tengah Nipah, Kampung Biuang, Lahad Datu, 10.30 pagi ini. 

Trak askar yang membawa 24 anggota itu terbabas sendiri sebelum terbalik di laluan berkenaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, bomba menerima ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 10.53 pagi.

“Sebaik tiba, sebuah trak askar didapati terbabit dalam kemalangan dan 24 anggota termasuk pemandu keluar sendiri daripada kenderaan berkenaan. "Enam daripada mereka cedera dan semua mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh ambulans," katanya ketika dihubungi. 

Menurut Affendy, anggota bomba menamatkan operasi pada 11.45 pagi, punca kejadian masih di siasat. Credit HM 

0 Response to "3 Gambar : Trak Anggota Tentera Malaysia terbalik di Lahad Datu "

Catat Ulasan