Malaysia kembali menyalakan harapan menjulang Piala AFF Suzuki buat
kali kedua apabila mendahului Thailand 2-0 selepas tamat separuh masa
pertama, final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Tewas 2-0 perlawanan pertama di Stadium Rajamangala Bangkok,
Malaysia mempamer corak permainan pantas di awal permainan yang jelas
gagal dibaca muda Thailand.
Menerusi hantaran Azamuddin Akil dari kanan padang, Norshahrul
Idlan Talaha yang menyambut bola dan berada di kawasan penalti
dijatuhkan pertahanan Thailand.
Pengadil dari Iran, Faghani Alireza Mohamad memberikan penalti
yang disempurnakan Safiq Rahim yang turut meletakkan namanya selaku
penjaring terbanyak, setakat ini dengan mengumpul lima gol.
Thailand yang tersentak dengan jaringan itu kembali memperkemas
permainan dan berjaya memperoleh peluang terbaik pada minit ke-12
menerusi Perapat Notechaiya.
Namun, rembatannya dari luar kotak penalti sedikit tersasar dengan penjaga gol Farizal Marlias, sudah pun merebahkan badan.
Pemain gantian, Safee Sali yang dimasukkan pada minit ke-13 turut
memperoleh peluang minit ke-17 hasil gerakan menarik Amri Yahyah namun
cubaannya tersasar.
Memasuki penghujung babak pertama, Malaysia lebih menguasai bola namun setiap peluang gagal menerjah gawang.
Begitupun, harapan kembali bernyala menerusi gol jaringan Indra
Putra Mahayuddin pada masa kecederaan yang melonjak dengan tandukan padu
untuk memberikan kedudukan agregat 2-2 buat Malaysia.
Kini Syafiq Rahim berjaya menambah gol ke3 Harimau Malaya melaluai sepakan percuma yang cantik. Malaysia 3 - Thailand 0 Aggeriget Malaysia 3 Thailand 2.
0 Response to "Terkini : Syafiq Rahim, Indra Putra bantu HM dahului Thailand 3-0 "
Catat Ulasan