AWAS : Orang awam elak tersentuh rumpai miang Mexico

Kuala Lumpur :  Orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada terdedah atau tersentuh 'rumpai miang Mexico' atau 'parthenium hysterophorus' kerana boleh menyebabkan alahan terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, rumpai miang Mexico mempunyai bahan kimia pada debunga, bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang dikenal pasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia.




"Namun tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala (alahan) apabila pendedahan berterusan dan berulang kali.
"Gejala tindak balas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, rinitis alergi serta gangguan kepada sistem pernafasan seperti selsema dan asma," katanya. Credit Bernama

0 Response to "AWAS : Orang awam elak tersentuh rumpai miang Mexico"

Catat Ulasan