Foto hari terakhir Allahyarham Datuk Fuad abang Datuk Jalaluddin Hassan

Kuala Lumpur : Kepulangan ke Rahmatullah Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA), Allahyarham Datuk Fuad Hassan, awal hari ini akibat serangan jantung, amat mengejutkan banyak pihak.

Allahyarham Fuad, 62, menghembus nafas terakhir kira-kira jam 12.20 tengah malam tadi di sisi anggota keluarganya setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, pada awal pagi semalam.
Beliau sebelum itu diserang sakit jantung semasa menghadiri majlis penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu, pada 11.15 malam kelmarin.
Mengimbas semula hari terakhir bersama Allahyarham, Zakaria berkata Fuad tidak menunjukkan sebarang kelainan pada hari itu dan sentiasa membawa iPpad dan beg bimbitnya ke mana-mana sahaja serta amat mesra dengan semua orang yang beliau temui dan berinteraksi semasa pemukiman itu.

Sewaktu jamuan tengah hari, Zakaria berkata Fuad yang makan semeja dengan beliau dan Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Zulkefli Salleh; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman; dan Timbalan Ketua Setiausaha II KKMM, Datuk Che Azemi Harun, menikmati dengan penuh selera pelbagai juadah termasuk sepinggan daging kambing panggang, gado-gado dan air batu campur.
Pada sesi petang, semua peserta pemukiman menyertai acara bertemu penduduk kawasan Parlimen Kemaman dan semua ketua jabatan diperkenalkan kepada mereka oleh Ahmad Shabery yang memperkenalkan Allahyarham Fuad sebagai “orang yang paling penting yang sentiasa memerhati dari belakang.”
Selesai sesi itu, Fuad bersama Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA TV, Datuk Ibrahim Yahya, sempat beriadah dengan menaiki motosikal ATV (All Terrain Vehicle) di tepi pantai sambil mengambil gambar.
Adik Allahyarham, Datuk Jalaluddin Hassan berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian yang menimpa abangnya itu tengah malam kelmarin sebelum bertolak ke Kuantan pagi semalam bersama adik beradiknya yang lain.
    
"Saya bersama adik beradik yang lain sampai ke hospital pagi jam 9 pagi dan semasa itu Abg Ngah ketika itu masih dalam keadan tidak sedarkan diri namun dalam keadaan stabil.
    
"Bagaimanapun keadaannya mula kritikal petang semalam dengan mengalami tekanan darah rendah dan kegagalan fungsi buah pinggang sebelum menghembus nafas yang terakhir tengah malam tadi," kata pelakon terkenal itu.
       
Adik Allahyarham ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan diambil oleh Pihak PDRM dan akan dimandi serta dikhafankan di IPD Kuantan.  Sebaik sahaja selesai,jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor.  Jenazah akan dikebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang. Al-fatihah Salam Takziah 

0 Response to "Foto hari terakhir Allahyarham Datuk Fuad abang Datuk Jalaluddin Hassan "

Catat Ulasan