Persembahan Anuar Zain tergendala sebab peminat ingin Selfie

Penyanyi terkenal Anuar Zain terpaksa akur dengan kehendak para peminat dan terpaksa menangguhkan seketika persembahan nyanyian di Majlis Makan Malam IJN PHC.
Ketika Anuar sedang rancak menghiburkan audiens, di hadapan pentasnya telah dikerumuni oleh peminat yang ingin mengambil gambar. Ia disebabkan para penonton ingin berselfie bersamanya.
Lantas dia dengan berbesar hati telah menawarkan kepada hadirin yang hadir, sesiapa yang ingin berselfie bersama Anuar sila tampil naik ke atas pentas.
Maka berlari-larilah para peminatnya menyerbu Anuar ke atas pentas untuk tidak melepaskan peluang itu. Begitulah sikap Anuar yang begitu mesra dengan penyokongnya dan antara salah satu cara Anuar untuk membalas budi mereka.
Persembahan yang mengambil masa hampir 2 jam itu, Anuar telah mendendangkan lagu-lagu popularnya seperti Keabadian Cinta, Ajari Aku dan Bila Resah.
Majlis yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad serta isteri Tun Dr Siti Hasmah hanya mengukir senyuman tatkala melihat telatah Anuar bersama peminatnya.
Antara rakan artis yang hadir ialah Jaclyn Victor, Misha Omar dan Adibah Nor selaku pengacara majlis sering mengusik Anuar dengan jenaka yang tidak kering gusi.
Bertemakan ‘Sempurnakan Aku’ telah berjaya mengutip dana lebih RM800,000 yang akan disumbangkan kepada PHC Support Group menerusi 32 badan-badan korporat seluruh negara.
Bantuan yang diterima bukan sahaja membiayai kos rawatan pesakit jantung yang memerlukan malah bantuan dari segi emosi, psikologi serta pendidikan.Credit Murai 

0 Response to "Persembahan Anuar Zain tergendala sebab peminat ingin Selfie"

Catat Ulasan