Ayah kepada Ewal AF2014 iaitu Mel yang juga bekas anggota Kumpulan
Wings diberitakan terkena serangan stroke. Hal tersebut dikongsikan
oleh ibu Ewal menerusi akaun Facebook miliknya.
"Jutaan terima kasih kepada semua EWAL Superfriends yang buat solat
hajat dan bacaan yasin untuk ayah EWAL, Mel Wings semalam dan malam ini.
Amat kami sekeluarga menghargainya. Mohon semua doakan agar ayah Ewal
kembali pulih dari serangan stroke dan mohon segalanya dipermudahkan,"
tulis ibu Ewal.
Menerusi status itu juga, ibu Ewal memaklumkan anaknya itu sedang dalam
perjalanan pulang dari Hong Kong selepas menerima perkhabaran tersebut.
Dan semalam, Ewal telah berkongsi khabar terbaru mengenai keadaan ayahnya setibanya dia dari Hong Kong.
"Alhamdulilllah selamat tiba di KL dan terus melawat ayah di CCU
Hospital Sungai Buloh. Alhamdulillah ayah makin pulih sedikit. Terima
kasih pada semua yang mendoakan kesihatan ayah," kongsi Ewal di akaun
Instagram miliknya.
Difahamkan Ewal bergegas pulang dari Hong Kong yang ketika itu sedang
menjalani penggambaran program 'Diari Bintang AF2014' bersama finalis
AF2014 yang lain, sama-sama kita doakan semoga ayah Ewal cepat sembuh. Amin.
0 Response to "Mel Wings ayah Ewal AF2014 di serang strok "
Catat Ulasan