Pelakon Syarul Ridzwan dilaporkan telah yang mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Ujong Seremban pada petang semalam. 
 
Ketika itu Syarul dalam perjalanan pulang dari Linggi ke Kuala Lumpur selepas selesai menjalani penggambaran drama 'Street Vendetta'.



Syarul memaklumkan kereta yang dipandunya hilang kawalan akibat jalan licin sebelum melanggar pembahagi jalan sehingga berpusing dua kali dan kemudiannya terbalik.
 
Pelakon drama 'Love You Mr Arrogant' ini bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.