Selepas Faizal kini giliran Kieran tinggalkan Hot FM

Selepas Faizal Ismail meninggalkan stesen radio Hot FM beberapa bulan lalu, terbaru Kieran bakal mengikut jejak rakannya itu.  Berdasarkan apa yang dikongsi di akaun Instagram Hot FM, hari ini merupakan hari terakhir Kieran bertugas di konti.
 
"Pengumuman @kieranhotfm di #HotFMJam, Jumaat ini merupakan hari terakhir Kieran keudara di #HotFMJam, lebih tepat lagi di Hot FM. All the best bro!," kongsi Hot FM.
 
Malah di akaun Instagram Kieran pada 10 Disember lalu, dia memuat naik video sama dengan status;
 
"Menghitung hari #hotfmjamm #2ndlastday #6years #bestt #ikhwan #adikbrader," kongsi Kieran. 
 
Untuk rekod, sepanjang enam tahun menjadi penyampai radio di stesen radio tersebut, Kieran pernah mengendalikan beberapa segmen sebelum kekal bersama Ikhwan menerusi 'Hot FM Jam' setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 4.00 petang hingga 8.00 malam.

0 Response to "Selepas Faizal kini giliran Kieran tinggalkan Hot FM"

Catat Ulasan