Jambatan Sungai Bentong di tutup sementara - Polis

Bentong : Jambatan Sungai Bentong di sini di tutup sementara bagi semua kenderaan berikutan hakisan dan berlubang akibat hujan lebat dan air sungai deras.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), berkata semua kenderaan yang mahu ke Raub dan Kelantan menggunakan jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga-Kampung Lebu-Raub.
Katanya, berlaku hakisan yang agak serius di jambatan itu menyebabkan jalan berlubang semula.
Beliau berkata, hakisan masih aktif dan lubang makin membesar.
"Merujuk kepada pandangan teknikal JKR dan lain lain jabatan, jambatan Sungai Bentong di bandar Bentong laluan FT 02 ditutup buat sementara waktu bagi semua kenderaan.
"Papan tanda sudah diletak di lokasi berkaitan supaya orang ramai menggunakan laluan alternatif," katanya. Credit BH

0 Response to "Jambatan Sungai Bentong di tutup sementara - Polis"

Catat Ulasan