Pemenang tempat kedua Pertandingan Miss BumBum Brazil 2012, Andressa Urach, 27, tidak menyangka dia terpaksa menanggung akibat yang begitu teruk semata-mata mahu membesarkan bahagian paha dan punggungnya.
Bagi tujuan itu dia dilaporkan menyuntik beberapa bahan termasuk hidrogel danParamethoxymethamphetamine (PMMA) sebelum mengadu tidak selesa pada bahagian berkenaan, Julai lalu.
Tak lama kemudian pahanya seolah-olah ‘pecah’ dan berlubang hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
“Hidrogel itu tidak diserap oleh tubuh dan ia mula memudaratkan saya. PMMA pula didapati melekat pada otot dan menyebabkan tisu mereput,” katanya kepada media Brazil.
Doktor yang merawat memberitahu, kaki kiri Andressa mungkin terpaksa dipotong kerana keadaan itu boleh membahayakan nyawanya.
Sementara itu, rakan serumahnya memberitahu dia dan Andressa sememangnya kerap berjumpa dengan pakar bedah plastik.
“Kami berjumpa dengan pakar bedah plastik seperti pergi membeli-belah. Kadang-kadang kami bersetuju untuk melakukan prosedur (bedah) bersama-sama, kami tak takut. Kami memang hamba kecantikan,” katanya. Credit Mynewshub
0 Response to "Ngeri : P aha pemenang ratu cantik berlubang akibat suntikan"
Catat Ulasan